Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Kenaikan Harga Petrol RON 97

Wednesday, November 3, 2010

KUALA LUMPUR:?Kenaikan harga petrol gred RON 97 sebanyak 5 sen kepada 
RM2.15 seliter semalam bukan satu isu yang patut dimanipulasi pihak tertentu
 kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia. Menteri 
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob, berkata penetapan harga itu tidak lagi dilakukan oleh 
kerajaan dan ia tidak memerlukan sebarang pengumuman. 

"Pembangkang kata kerajaan naikkan harga. Bukan kerajaan naikkan harga 
tetapi (kenaikan) berlaku mengikut harga pasaran. Ini berbeza dengan harga 
petrol RON 95 dan diesel yang masih diberi subsidi dan dikawal kerajaan," 
katanya kepada pemberita selepas pelancaran inisiatif sistem laluan Identiti 
Korporat Malaysia (MyCoID) di sini hari ini. Katanya rakyat juga tidak perlu rasa panik kerana lebih 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON 95 selain menjangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini. 

Beliau berkata demikian berikutan pembangkang yang didakwa menggunakan isu 
kenaikan harga minyak RON 97 sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil kerusi 
Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan. 

Katanya, kebanyakan stesen minyak di kawasan kampung, termasuk Gua Musang 
dan Batu Sapi juga tidak menyediakan petrol jenis RON 97. 
"Kenapa kita nak bimbang kepada perkara yang tidak memberi kesan kepada 
kita. Rakyat tak perlu bimbang," katanya. 

Beliau berkata kenaikan harga petrol RON 97 itu juga tidak akan menyebabkan 
kenaikan harga barang kerana tidak membabitkan kenaikan harga diesel. 
Ismail berkata harga petrol RON 97 boleh berubah naik atau turun pada hari 
pertama setiap bulan, berdasarkan kiraan purata hari pertama hingga hari ke-28 
bulan sebelumnya. 

Harga seliter RON 95 ialah RM1.85 manakala diesel RM1.75 seliter. 

Katanya, kerajaan tidak meletakkan harga lantai kepada pengusaha stesen 
minyak yang meletakkan harga rendah berbanding saingan mereka namun sebarang 
harga jualan dirujuk kepada Kementerian Kewangan. 

Beliau berkata ia bagi memastikan harga RON 97 tidak dimanipulasi dan dijual 
dengan harga tinggi berbanding dengan harga minyak pasaran dunia. 

Mengenai MyCOID, beliau berkata lebih banyak agensi kerajaan persekutuan 
akan dibabitkan pada fasa ketiga inisiatif itu selain cadangan untuk mengambil 
kira pembabitan agensi kerajaan negeri pada masa akan datang. 

BERNAMA 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP