Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

7 Pakar Akademik Dilantik Ahli MPPK

Tuesday, November 9, 2010

Majlis berperanan nasihat menteri dalam soal pembangunan, isu pendidikan negara 

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam mengumumkan pelantikan tujuh pakar akademik sebagai ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang berperanan menasihati menteri dalam soal pembangunan dan isu pendidikan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata MPPK dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Beliau berkata, enam anggota MPPK lain ialah Pensyarah Jabatan Sejarah dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Emiritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim; Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa INTI, Prof Datuk Dr Ibrahim Ahmad Barjunid dan Pensyarah Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Sidek Baba. 

Pengerusi Sekolah Antarabangsa Cempaka, Datin Frieda Mohd Pilus; Pengerusi Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Datu Dr Adi Badiozaman Tuah dan Timbalan Dekan Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, MPPK akan bertanggungjawab untuk memberikan nasihat kepada Menteri Pelajaran untuk menentukan hala tuju pendidikan masa depan serta usaha kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. 

Beliau berkata, wakil kementerian dalam MPPK pula ialah Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Rosli Mohamed dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud. 
Katanya, MPPK akan berfungsi sebagai penasihat kepada Menteri Pelajaran dalam bidang pembangunan pendidikan, pengurusan pendidikan dan isu pendidikan termasuk mengemukakan strategi serta kaedah yang praktikal untuk penyelesaian. 

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah kerana saya berpendapat proses pembangunan pendidikan dalam negara ini adalah dinamik dan pelbagai perkara yang berlaku semuanya ada hubung kait dengan soal modal insan dan pastinya soal pendidikan adalah sesuatu yang utama. 

“Kita juga melihat ke hadapan, 10 tahun ke hadapan selaras dengan dasar kerajaan dan program transformasi yang kita bincangkan ini juga ada hubung kait dengan pembangunan modal insan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat kali pertama bagi menentukan terma rujukan MPPK di kementerian itu, semalam. 

Muhyiddin berkata, tujuh pakar akademik yang dilantik itu adalah untuk tempoh dua tahun dan mereka boleh dilantik semula selepas jangka masa itu dengan persetujuan menteri. 

Katanya, MPPK akan mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun. 

Mengenai fungsi MPPK dalam penggubalan dasar pendidikan, Muhyiddin berkata, ia tidak akan membuat keputusan tetapi boleh memberi pandangan dalam pembentukan dasar atau sesuatu perkara yang perlu penilaian semula. 

Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP