Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Utama Pengajian Islam, Moral Format Baru UPSR

Wednesday, October 20, 2010

Penekanan penting bentuk akhlak, sahsiah generasi muda 

KEMENTERIAN Pelajaran diminta memberi penekanan sewajarnya terhadap subjek pengajian Islam, pendidikan moral dan sivik dalam penggubalan format baru Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2016.


Wakil Wanita UMNO Melaka, Datuk Norpipah Abdol, berkata keutamaan terhadap subjek berkenaan penting dalam membentuk akhlak dan sahsiah diri generasi muda yang kukuh bermula sejak kanak-kanak lagi, sekali gus menangani ancaman masalah sosial yang semakin membimbangkan.

Selain itu, beliau berkata, kementerian juga perlu me ngadakan perbincangan dengan pihak berkuasa agama negeri supaya Sekolah Rendah Agama (SRA) dijadikan pelantar penting dalam kerangka pembentukan akhlak dan sahsiah generasi muda. 

"Saya percaya, pakar bidang pendidikan dan golongan pendidik lebih arif berhubung bentuk penilaian sesuai untuk membentuk sahsiah dan disiplin murid sekolah rendah sebelum mereka memasuki sekolah menengah. Jika mahu melentur buluh, biarlah dari rebungnya," katanya membahaskan Usul Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Perhimpunan Agung Wanita Umno 2010, semalam. 

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Alor Gajah berkata, dalam memperkasakan pendidikan Islam di SRA, pihak berwajib perlu membangunkan sumber manusia seperti latihan pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki sistem ganjaran kepada guru. 

Sementara itu, Wakil Wanita UMNO Perak, Datuk Khamsiyah Yeop, mahu pendidikan teknik dan vokasional dilaksanakan seawal Tingkatan Satu bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif. 
Katanya, kerajaan perlu menggubal dasar baru dalam pendidikan teknik dan vokasional bagi membolehkan pelajar yang lemah akademik meningkatkan taraf hidup mereka pada masa depan. 

"Anak kita bukan semua boleh menguasai ilmu akademik yang memerlukan kecekapan otak. Manusia mempunyai potensi dan bakat yang berbeza, ada yang lemah akademik tetapi berkebolehan dalam kemahiran tertentu. 

"Perak mengesyorkan satu dasar baru dalam pendidikan teknik dan vokasional diperkenalkan. Kita juga minta kerajaan meningkatkan keupayaan sekolah sedia ada supaya mampu berdaya saing dalam pasaran modal insan," katanya. 

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Lenggong berkata, pihaknya mengharapkan negara pada 2020 akan mempunyai sumber guna tenaga yang berkualiti dan boleh dimanfaatkan dalam semua sektor, industri, perladangan, ternakan dan perlombongan. 

Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP