Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Pemandu Mesti Lebih Peka Isu Keselamatan

Tuesday, October 26, 2010

KEMALANGAN jalan raya di negara ini meningkat dari semasa ke semasa. Ada pelbagai jenis kemalangan sama ada membabitkan pemandu kereta, lori, penunggang motosikal atau pejalan kaki yang dilaporkan pihak berkuasa. 

Malaysia kita juga dikatakan negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya tertinggi. Antara faktor utama peningkatan nahas berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya.


Contoh kecuaian yang berlaku seperti memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Disebabkan hendak cepat sampai ke destinasi, mereka tidak menghiraukan keadaan fizikal yang menghalang meneruskan perjalanan.


Kesalahan lain yang biasa dilakukan pengguna jalan raya seperti memandu melebihi had laju ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu. 

Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan dan kawalan lalu lintas oleh pihak berkuasa, mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa menghiraukan keselamatan diri dan orang lain. 

Untuk mengelak kemalangan terus meningkat, langkah yang praktikal harus diambil semua pihak. Kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua terjamin. 

Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, polis dan Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan semua aspek untuk mendisiplinkan pemandu dan menyediakan laluan selesa demi keselamatan pemandu. 
Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan di jalan raya antara langkah wajar diambil untuk menyedarkan pengguna. 

Sektor swasta juga memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna. 

Masyarakat harus sedar peranan masing-masing di jalan raya. Mereka tidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna jalan raya lain. Peraturan jalan raya harus dipatuhi untuk memastikan keselamatan semua pihak. 

Jangan terburu-buru ketika memandu kerana kecuaian menjadi punca utama nyawa sendiri dan orang lain yang tidak bersalah turut terancam. Kenderaan juga perlu diperiksa sebelum memulakan perjalanan. 

Keselamatan di jalan raya adalah tanggungjawab pengguna sendiri. Kecuaian antara punca utama kemalangan dan hal ini tidak harus dibiarkan berterusan untuk menjamin keselamatan semua pihak. 

Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan, namun kesilapan yang menyebabkan nyawa orang lain turut melayang harus dielakkan demi kesejahteraan bersama. 
SHAHRUL HAFIZI, 
Pelajar UiTM.

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP