Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Laman Web Agensi Kerajaan Guna B. Inggeris

Thursday, October 7, 2010

SAYA amat tertarik dengan saranan Timbalan Perdana Menteri tentang usaha memartabatkan bahasa Melayu di sektor swasta terutamanya pada papan-papan iklan dan sebagainya. Memang hasrat beliau tersebut amat murni dan sepatutnya telah lama dulu dikuatkuasakan.

Cumanya saya amat musykil dengan tahap penggunaan bahasa Melayu di sektor kerajaan sendiri, terutama di laman-laman web agensi-agensi kerajaan yang menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya sebagai bahasa pengantar laman web mereka.

Cuba kita buka laman web Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petronas dan lain-lain lagi sebagai contoh yang agaknya merasakan mereka sudah terlalu global sifatnya dan tidak sesuai lagi menggunakan bahasa Melayu.

Sepatutnya laman-laman web jabatan/agensi kerajaan mestilah mengutamakan bahasa Melayu terlebih dahulu dengan pilihan dwibahasa dalam bahasa Inggeris bagi yang tidak memahami.

Ada juga yang menyediakan pilihan dwibahasa tetapi masih mengutamakan bahasa Inggeris sebagai pilihan pertama apabila web-web mereka dibuka.
Saya percaya banyak lagi laman-laman web agensi kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang turut berkeadaan seperti ini.

Di manakah kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi Negara Malaysia dalam keadaan ini?

Bagaimanakah hendak memperkasakan penggunaan Bahasa Melayu di sektor swasta jika agensi/badan kerajaan sendiri mengabaikannya.

Syed Ahmad
Damansara, Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP