Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Bonus hanya Untuk Pekerja Cemerlang

Thursday, October 28, 2010

BARU-BARU ini kerajaan meluluskan peruntukan RM500 sebagai Bantuan Kewangan Khas kepada penjawat awam bagi meringankan beban mereka terutama bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah. 

Bantuan kewangan itu diberikan kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan. Langkah ini dalam suasana ekonomi global yang belum stabil, menunjukkan keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan pegawai dan kakitangannya.


Harapan CUEPACS bagi mendapatkan bonus untuk ahlinya tidak dapat ditunaikan, jika berbuat demikian kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM3 bilion. Walaupun ekonomi semakin stabil, ia turut bergantung kepada ekonomi dunia.
Tuntutan CUEPACS dan langkah kerajaan berhubung tuntutan itu masing-masing mempunyai alasan. Suara CUEPACS mewakili ahlinya, manakala kerajaan pula perlu mengimbangi kepentingan negara dan pegawainya. Dalam hal ini, saya berpendapat kita harus mencari langkah terbaik untuk mengelak keluh kesah yang setiap tahun kedengaran. 

Pada pendapat saya, bonus hanya boleh diberi kepada mereka yang layak kerana menunjukkan prestasi cemerlang. Prestasi diukur dari pelbagai aspek yang boleh dikira dan tidak membabitkan kecenderungan manusia dalam membuat keputusan. 

Prestasi ini berasaskan statistik, bukan penilaian pegawai dalaman. Juri rawak di kalangan rakyat yang dipilih wakil rakyat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kerajaan negeri juga boleh menilai tahap perkhidmatan diberikan pegawai kerajaan. 

Dengan penilaian prestasi seperti ini, penjawat awam dapat dinilai secara saksama. Adil kepada rakyat, kerajaan, kakitangan dan pegawai kerajaan terbabit. 
Pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus, rajin, bekerja keras diberi penghargaan sewajarnya dan sebaliknya. Hanya mereka yang cemerlang, dedikasi, dihargai dan mereka inilah sepatutnya diberi bonus berganda. Bukan mereka yang sebilangan malas, tetapi dapat bonus juga. 

Sudah masanya, polisi perkhidmatan kerajaan diselaraskan antara negeri, bonus diberikan kepada mereka yang layak dan perkhidmatan dinilai melalui prestasi berasaskan statistik. Dengan ini, kita tahu di mana kita berada dan ke mana tujuannya. 
LAYAK DIHARGAI, 
Kuala Lumpur.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP