Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Bahasa Kebangsaan Belum Dilestari

Thursday, October 7, 2010

PERSATUAN Linguistik Malaysia (PLM) bersetuju dan menyokong gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar pihak berkuasa tempatan (PBT) memperkasa penggunaan bahasa Melayu lebih meluas di tempat awam. 

Keprihatinan Muhyiddin tepat pada masanya selepas sekian lama pengabaian Bahasa Kebangsaan berlaku di tempat awam, di premis perniagaan dan sebagainya.


Jika Bahasa Kebangsaan digunakan di samping bahasa Inggeris atau bahasa lain, kedudukannya kerap dikemudiankan jika dicetak sehingga kelihatan seolah-olah bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi negara ini.

Memang ada bahan yang cuma menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa lain tanpa bahasa Melayu. Sesungguhnya bahasa Melayu adalah bahasa pentadbiran, bahasa penghantar utama pendidikan dan bahasa penyatuan rakyat di negara ini. 

Bahasa Kebangsaan tetap mempunyai nilai ekonominya. Semua sektor korporat seperti bank perdagangan dan syarikat insurans sebenarnya menjadi penentu kepada nilai ekonomi bahasa Kebangsaan kita. 

Kaedahnya dengan memberi nilai ekonomi tinggi melalui penggunaan bahasa Melayu dalam sistem penamaan syarikat, kompleks bangunan, jenama produk, dokumen seperti iklan dan borang. 

Tinjauan PLM, mendapati penggunaan Bahasa Kebangsaan di beberapa sektor swasta seperti syarikat berkaitan penerbangan, pelancongan, pengangkutan, kurier, perhotelan, insurans, industri dan jualan kenderaan, industri perumahan dan hartanah masih belum memuaskan. 


Penamaan taman perumahan terutama yang sedikit elitis, nama jalan, kompleks mega, jenama produk dan perkhidmatan, tidak menggambarkan langsung jati diri negara ini. Penggunaan bahasa lain khususnya Inggeris hendaklah secara terhad atau bagi urusan bersifat antarabangsa atau dengan pelanggan bukan warga negara. 

Warga negara ini sepatutnya tidak ada masalah langsung bagi memahami atau mengamalkan Bahasa Kebangsaan dalam urusan harian, perniagaan dan seumpamanya. 

PLM bersetuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri bahawa Bahasa Kebangsaan belum dilestarikan sepenuhnya sebagai bahasa ilmu tinggi dan komunikasi yang perlu mencakupi pelbagai bidang seperti perundangan, kewangan, sains dan teknologi. 

Justeru, PLM berharap Bahasa Kebangsaan terus digunakan sepenuhnya bagi penyampaian ilmu pada peringkat menengah atas dan prauniversiti (Tingkatan Enam, matrikulasi dan asasi), malah di universiti seperti yang sudah terlaksana kira-kira 20 tahun sejak 1982 sehingga 2003. 

Tanpa penggunaannya secara menyeluruh sebagai bahasa penghantar utama pendidikan dan dalam kehidupan serta kegiatan ekonomi, bahasa Melayu akan terus terpinggir daripada arus pembangunan kerana tidak dapat berperanan seperti yang dihasratkan. 


KAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI, 
Presiden PLM.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP