Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Subjek Sejarah Perlu Diperkasa

Wednesday, September 1, 2010

MALAYSIA menyambut ulang tahun ke-53 kemerdekaan negara pada 31 Ogos lalu. Pasti antara persoalan yang banyak diperkatakan, setakat mana penghayatan anak muda terhadap kemerdekaan dan kedaulatan negara? 


Apakah anak muda kita masih mempunyai semangat patriotik, rasa cinta kepada negara dan keinginan mahu menyumbang sesuatu kepada pembangunan negara?
Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-53, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) ingin menegaskan beberapa perkara yang diharap dapat membantu mempertingkatkan kesedaran penghayatan kemerdekaan kepada anak muda Malaysia.


Dalam sistem pendidikan negara antara subjek yang diharap membantu pelajar mempunyai kesedaran tinggi terhadap perjuangan mempertahankan kemerdekaan ialah Sejarah dan Pendidikan Kenegaraan. 

Subjek ini jangan diabaikan kerana memberi tumpuan lebih kepada pembelajaran sains dan teknologi dan hanya dianggap subjek sampingan semata-mata. 

Ia perlu diperkasakan lagi dengan teknik penyampaian lebih kreatif dan menarik khususnya melalui peralatan teknologi seperti video, tayangan filem perjuangan dan patriotik. 

Pelajar juga perlu didedahkan dan diajar dengan jasa dan perjuangan tokoh kemerdekaan negara serta segala pemikiran mereka yang banyak berjasa dengan sukatan pelajaran khusus mengenai idea dan pemikiran tokoh terbabit. Ini dapat memastikan legasi pemikiran cerdik pandai negara dapat diteruskan generasi akan datang. 


Di samping itu, anak muda Malaysia perlu diberi pendedahan secara perbandingan antara Malaysia dengan negara lain dari aspek keamanan negara, kestabilan politik dan ekonomi, persoalan kemiskinan dan musibah bencana yang menimpa sesebuah negara. 

Melalui perbandingan ini dapat menyuntik rasa syukur menjadi rakyat Malaysia di kalangan generasi muda. 

Selain itu, kepentingan perpaduan antara kaum di Malaysia dan menolak segala bentuk perjuangan perkauman sempit perlu diberi penekanan dalam sistem pendidikan negara di samping memupuk sikap toleransi, saling menghormati segala adat, budaya dan agama di kalangan generasi muda. 

Walaupun Malaysia sudah lama mencapai kemerdekaan, masih ada jurang antara kaum dan agama, bahkan masih ada pihak yang mahu memperjuangkan agenda perkauman sempit mereka. 

Lebih penting ialah rakyat Malaysia dapat mempertahan dan mengisi kemerdekaan dengan semangat dan roh individu yang merdeka jiwa dan pemikirannya. Semoga kita tidak dijajah secara halus. Merdeka! 

WAN MOHAMAD WASIF WAN MOHAMAD, 
Exco Pendidikan dan 
Penyelidikan PKPIM.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP