Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Sistem e-g Tukar Guru Bercelaru

Friday, September 24, 2010

SAYA ialah guru di sekolah rendah yang sudah berkhidmat selama tujuh tahun. Saya ingin membuat aduan mengenai sistem pertukaran guru secara online atau e-g tukar. 

Untuk pengetahuan sistem online ini tidak membabitkan semua guru, bermakna permohonan pertukaran dibahagikan kepada dua sistem iaitu secara online dan manual mengikut kumpulan tertentu yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Sebagai guru gred DGA29, saya dikehendaki memohon pertukaran secara online melalui sistem e-g tukar, namun ia ternyata bercelaru dan menimbulkan masalah kepada saya dan rakan guru lain. Saya sudah mencuba untuk memasuki sistem pertukaran guru secara online ini selama seminggu, namun hasilnya amat mengecewakan.

Pertama kali saya menggunakan khidmat e-g tukar secara online ialah pada sesi pertukaran pertengahan tahun ini dan ia berjalan lancar tanpa masalah. Namun, permohonan saya tidak diluluskan. Ini membuatkan saya yakin bahawa sistem ini amat mudah untuk dilaksanakan pada awalnya walaupun permohonan tidak diluluskan. 

Namun, apabila saya kembali memohon pertukaran sesi hujung tahun yang tempoh permohonan dari 1 hingga 30 September ini, saya menghadapi beberapa masalah. 

Saya mengisi kembali borang e-g tukar menggunakan ID dan kata laluan yang sama seperti sesi permohonan e-g tukar pertama, namun hasilnya sistem menyatakan maklumat laluan salah. 
Saya memasukkan kata laluan baru, hasilnya sistem menyatakan bahawa permohonan pertukaran anda tidak dibenarkan melalui sistem ini sila hubungi sektor Tingkatan Enam 

Untuk pengetahuan, guru Tingkatan Enam tidak perlu memohon pertukaran secara online, mereka hanya perlu mengisi borang secara manual. Keadaan itu, menimbulkan seribu tanda tanya kepada saya. 

Bagaimana saya boleh didaftarkan sebagai guru Tingkatan Enam, sedangkan sebelum ini saya didaftarkan sebagai guru sekolah rendah dengan gred DGA29. 

Saya menghubungi pihak berkenaan di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor, namun talian tidak berjawab walau berkali-kali saya menelefon, sedangkan tarikh tutup permohonan semakin hampir. 

Lulus atau tidak permohonan pertukaran memang kuasa pihak atasan, namun memohon untuk bertukar adalah hak kami sebagai penjawat awam. 


GURU DGA29,
Johor Darul Takzim.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP