Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Setiap Orang Ada Hak Sama Rata

Wednesday, September 29, 2010

PELAJAR di pedalaman bukan bermakna perlu diketepikan dalam proses penjanaan ilmu yang menjadi pemacu pembangunan dan ekonomi negara.


Malangnya, banyak pihak sering terlepas pandang untuk memberi perhatian kepada golongan ini hingga terus tercicir dan jauh ketinggalan berbanding pelajar di bandar.

Kehidupan susah bertambah sukar hingga menimbulkan persoalan adakah mereka menjadi mangsa diskriminasi biar pun dunia sudah semakin moden? Pengerusi Kolej Poly Tech Mara (KPTM), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata tidak wujud istilah diskriminasi dalam proses penjanaan ilmu yang disasarkan secara adil kepada semua lapisan masyarakat.


Menurutnya, konsep pendidikan secara menyeluruh adalah inti pati dasar pendidikan negara dalam merencanakan masa depan masyarakat secara keseluruhannya.


Sekali gus memberi hak dan peluang sama rata kepada mereka yang mahu belajar dengan segala kemudahan tersedia sekali gus melancarkan proses pembudayaan ilmu.


"Dasar pendidikan negara tidak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap sebarang proses pencarian ilmu. Sesiapa saja berhak asalkan ada kemahuan.


"Pendidikan ditafsirkan sebagai elemen pembangunan masyarakat dan negara. Ia sememangnya sentiasa diberi keutamaan khususnya dari segi peruntukan.


"Betapa penting dan agresifnya sektor pendidikan untuk dimartabatkan kepada semua golongan tanpa mengira latar belakang, lokasi dan fahaman kerana yang penting proses penyampaian ilmu itu tercapai," katanya.


Bagaimanapun, sukar menolak masalah berbangkit yang mungkin mengganggu proses sedia ada hingga timbul isu kurang menyenangkan.




Apatah lagi jika cuba dipolitikkan pihak tertentu yang hanya melunaskan kepentingan sendiri tanpa memikirkan kesan kepada orang lain.

Beliau mengakui ada kelompok mungkin terlepas pandang, namun menganggapnya kes terpencil yang perlu ditangani dengan serius. "Kita tidak boleh menolak ada kelompok masih kurang diberi perhatian atas beberapa faktor antaranya kemiskinan serta jauh daripada kemudahan sekolah. Itu hanya kes terpencil.




"Bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan alasan meninggalkan mereka daripada arus pendidikan perdana. Pihak berkenaan perlu peka dan cari jalan penyelesaiannya.

"Jika tidak, hak mereka umpama dicabuli dan bagaikan penganiayaan dalam melaksanakan mandat bagi memastikan tiada lagi kelompok tercicir sekali gus membasmi masalah buta huruf di kalangan masyarakat," katanya mengakui ia bukan isu lapuk dan hanya 'panas' pada waktu tertentu.


Sohaimi berkata, isunya adalah pendidikan teras pembelajaran sepanjang hayat tiada tempoh tamat.


Masyarakat tidak boleh berpeluk tubuh dengan hanya membiarkan golongan terbabit terus tercicir sebaliknya perlu mengambil inisiatif seperti menghulurkan bantuan.


"Tidak dinafikan ada yang kurang peka pendidikan sebagai elemen penting dalam hidup. Kesedaran perlu ditingkatkan daripada terus berpeluk tubuh.

"Usahakan sesuatu seperti memberi penerangan. Memang sukar apatah lagi jika membabitkan budaya, namun perlu dilakukan secara proaktif bagi menjamin generasi seterusnya tidak ketinggalan dan mewarisi kemiskinan sedia ada," katanya.


Bagi memenuhi tanggungjawab sosial dan memberi peluang masyarakat memperoleh pendidikan tinggi terbaik, KPTM mengorak langkah menubuhkan kampus cawangan Semporna, Sabah, baru- baru ini.


KPTM kini mempunyai lapan kampus cawangan dan sudah melahirkan kira- kira 20,000 pelajar yang menceburi pelbagai bidang kerjaya sejak ditubuhkan pada 1983.


Beliau mengakui tahap pendidikan diterima golongan terbabit belum cukup sempurna dan perlu dipertingkat lagi bagi menampung kekurangan termasuk prasarana serta guru berkelayakan.


"Keperluan asas paling penting dan perlu dipertingkatkan bagi menjamin keselesaan pelajar dan warga pendidikan. "Proses pembelajaran tentunya terencat selain perlu ada usaha menyediakan atau membaik pulih kekurangannya," katanya.


Kemampuan mereka sama seperti pelajar lain, tiada masalah asalkan ada kemahuan belajar. Lokasi bukan alasan utama mematikan hasrat mencipta kejayaan.


"Paling penting kehendak. Generasi dulu miskin dan kebanyakan ibu bapa buta huruf. Bagaimanapun masih mampu berjaya kerana ada keinginan yang tinggi.


"Gunakan peluang bagi mengaut ilmu dan masyarakat harus membuka minda menerima perubahan demi masa depan anak dan negara," katanya.


Antara faktor keciciran pelajar luar bandar termasuk ekonomi keluarga, lokasi, kekurangan guru dan budaya masyarakat setempat.



Sumber : MyMetro Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP