Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Kekalkan Usia Bersara 58 Tahun

Sunday, September 5, 2010

KERAJAAN tidak perlu melayani lagi desakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk menaikkan umur bersara kakitangan awam kepada 60 tahun berbanding 58 tahun sekarang.

Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada ramai rakan daripada kakitangan kerajaan, mereka mengakui sudah penat untuk terus bekerja sehingga ke usia 58 tahun.

Malah, ramai daripada mereka berterus-terang bahawa dalam tempoh 'masa tambahan' itu, mereka banyak tuang kerja dan makan gaji buta.

Seperkara yang membimbangkan lagi, jika kerajaan melayani permintaan CUEPACS dengan melanjutkan usia persaraan sehingga 60 tahun, apa akan jadi kepada ratusan ribu graduan yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi kita setiap tahun.

Jika dalam tempoh setahun, seramai 50,000 kakitangan awam bersara, tempat mereka yang kosong itu boleh diisi oleh 50,000 kakitangan baru setahun yang terdiri daripada anak-anak kita.

Tentunya sebahagian anak-anak muda itu terpaksa bersaing untuk mencari pekerjaan tetap dan terjamin terutama dalam sektor awam.

Adakah para pemimpin CUEPACS memikirkan nasib para belia,penganggur, graduan yang ramai di antara mereka masih belum mendapat pekerjaan tetap.

Dengan melanjutkan usia persaraan kakitangan lama, CUEPACS seolah-olah 'merompak' dan 'merampas' hak golongan itu untuk mendapat peluang bekerja di sektor awam.

Dari sudut politik, tindakan membiarkan ramai anak-anak muda menganggur disebabkan ketidakadilan dalam agihan pekerjaan akan menyebabkan golongan itu akan menyalahkan kerajaan.

Kerajaan perlu menimbang secara serius baik buruk menaikkan usia bersara sehingga 60 tahun kerana kesannya bakal menyusahkan Barisan Nasional sebagai parti pemerintah kelak.

Kerana itu, umur persaraan sedia ada perlu dikekalkan dan pada masa sama, kerajaan perlu mengalakkan syarikat-syarikat swasta untuk melanjutkan umur persaraan kakitangan sektor swasta kepada 56 atau 58 tahun.

GRADUAN LAMA MENGANGGUR
Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP