Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Guru Ikuti Ijazah Tidak Diiktiraf SPA

Sunday, September 5, 2010

ISTERI saya seorang guru mengikuti Program Sarjana Muda Pengajaran Sekolah Rendah dikendalikan Kementerian Pelajaran dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Baru-baru ini beliau mengetahui daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bahawa ijazah itu tidak diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk kenaikan ke skim DG41. Perkara ini, sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan terhadap pengajiannya.
 

Di manakah silapnya perkara ini? Kita mengetahui bahawa ramai guru tidak berijazah (DGA29 dan DGA32) menyambung pelajaran secara jarak jauh untuk mendapat ijazah dan seterusnya dapat masuk ke skim DG41.

Selain memenuhi kehendak diri, ia juga selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran iaitu sekolah rendah akan mempunyai 60 peratus guru siswazah menjelang 2015.

Jadi mengapa kementerian menyedia program ijazah tidak diiktiraf untuk gurunya? Nampak seperti kementerian menganiaya sendiri gurunya.

Dalam hal ini pihak yang untung ialah OUM. Saya difahamkan bahawa guru yang mengikuti program ini tidak didedahkan mengenai status ijazah mereka semasa mereka mendaftar KDP14M dulu.

SUAMI GURU KPM-OUM,
Batu Pahat, Johor
Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP