Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Program NILAM Galak Murid Baca Buku Digital

Wednesday, August 11, 2010

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada tulisan oleh M Jasni Majed, Bukit Kapar, Selangor, dalam ruangan ini 30 Julai lalu bertajuk program NILAM patut dimantapkan. 


NILAM terbahagi kepada Tahap Jauhari dan Rakan Pembaca. Tahap Jauhari menggalakkan murid sekolah rendah membaca dari 90 buku hingga ke 360 buku ke atas dan murid sekolah menengah pula digalak membaca dari 72 buku hingga 288 buku ke atas.


Jumlah buku dikira secara kumulatif sejak Tahun Satu hingga Enam dan Tingkatan Satu hingga Lima. Catatan buku dibaca hendaklah disimpan di dalam buku rekod bacaan yang disahkan guru sama ada guru kelas atau mata pelajaran.


Antara ganjaran diperoleh murid adalah skor markah rekod bacaan akan dimasukkan ke dalam buku rekod kemajuan murid setiap akhir tahun. 
Markah rekod bacaan ini akan dimasukkan ke dalam sijil berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya. Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada murid yang layak menerimanya. 

Murid yang mencapai rekod bacaan tertinggi peringkat kebangsaan akan diberi Anugerah NILAM. 

Dalam pelaksanaan program NILAM, murid membaca sebanyak mungkin buku dan mencatatnya di dalam buku rekod NILAM. Buku yang dimaksudkan ialah berbentuk fizikal yang dipinjam dari pusat sumber sekolah, perpustakaan awam atau beli sendiri. 
Seiring dengan kepesatan teknologi, program NILAM juga menggalakkan murid membaca buku dalam bentuk digital yang boleh diperoleh dari Pusat Sumber Digital, e-book dan juga CD/DVD. 

Guru yang menyemak buku rekod NILAM perlu berhati-hati ketika mengesahkan pembacaan murid dan memastikan butiran ditulis murid adalah betul. Ibu bapa boleh mengesahkan pembacaan anak mereka. 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP