Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Sistem Pembelajaran Interaktif Bantu Pelajar Berfikiran Kritis, Berdaya Saing

Sunday, July 18, 2010

sYABAS dan tahniah kepada kerajaan terutama Kementerian Pelajaran atas usaha mengkaji semula sistem pendidikan di negara ini.


Saya bersependapat dengan pandangan Pelajaran Cemerlang dari Seremban, Negeri Sembilan yang disiarkan pada 2 Julai lalu.

Pelajar dan guru di Malaysia terlalu memberi perhatian terhadap pencapaian pelajar di dalam peperiksaan awam seolah-olah matlamat mempelajari sesuatu ilmu kadangkala diabaikan.

Sebagai manusia kita harus faham apakah tujuannya kita belajar sesuatu. Adakah ilmu dipelajari itu untuk kegunaan harian dan masa hadapan atau sekadar untuk lulus peperiksaan semata-mata?

Berfikir di luar kotak pemikiran adalah perkara terbaik perlu dilakukan setiap individu untuk melahirkan insan cemerlang atau sekurang-kurang berdaya saing terhadap pembangunan global.

Sesi pembelajaran yang menitikberatkan peperiksaan semata-mata sangat membosankan dan tidak dapat menarik minat pelajar.

Pengalaman saya sendiri sebagai seorang pelajar, ada beberapa guru menggunakan kaedah pembelajaran yang sangat menarik, interaktif dan berkesan. Kesan pembelajaran itu membantu saya mengingatinya dan dapat diguna pakai sehingga saya memasuki alam pekerjaan.
Ini kerana, guru itu bukan sekadar mengajar secara teori malah memberi peluang kepada pelajar berfikir, mengeluarkan idea dan mengguna pakai cara yang betul.

Cara guru ini mengajar menjadikan beliau guru yang disayangi dan pelajar juga bersungguh-sungguh ketika i dalam kelas, malah rajin pula datang ke sekolah. Bukankah kaedah pembelajaran interaktif dan praktikal untuk semua mata pelajaran akan memberi lebih banyak kesan positif kepada pelajar berbanding penekanan kepada peperiksaan semata-mata?

Setiap individu amnya dan setiap pelajar khasnya, perlu diberi peluang menimba ilmu pengetahuan seluas-luasnya agar dapat di manfaatkan dalam kehidupan harian dan pada masa hadapan.

Tidak dinafikan, ramai individu cemerlang dalam akademi dan kemudiannya lahir sebagai individu cemerlang dalam kerjayanya. Individu hebat ini sebahagian saja dalam masyarakat kita. Bagaimana pula yang lainnya? Adakah pelajar yang tidak memperoleh keputusan cemerlang itu dianggap individu gagal dan tidak mempunyai masa hadapan?


INTAN SARUZA SABAR,
Putrajaya


Berita Harian Online:16 Julai 2010

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP