Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Rupanya :Menyamar Pelajar Untuk Abadikan Dalam YouTube

Wednesday, July 28, 2010

AMPANG: Tujuh bekas pelajar sebuah sekolah menengah di Taman Melawati di sini, yang ditahan selepas menceroboh masuk sekolah berkenaan Isnin lalu dikatakan hanya mahu mengambil video kenangan untuk dimuatkan dalam laman YouTube.


Mereka turut mendakwa mahu memberi ‘kejutan’ kepada guru selain mengakui sangat merindui alam persekolahan selepas tiga tahun meninggalkan bangku sekolah.
Harian Metro semalam melaporkan tujuh lelaki yang lengkap beruniform sekolah dan seorang daripadanya memakai baju kurung sekolah dan bertudung ditahan polis selepas mereka cuba menyamar pelajar di sekolah itu.


Semua mereka itu menyertai perhimpunan mingguan sekolah sebelum disedari beberapa pelajar lain yang kemudian memberitahu guru bertugas.


Selepas selesai perhimpunan, semua bekas pelajar itu naik ke kelas lama mereka dan ini membuatkan guru di sekolah berkenaan mula curiga dengan tindakan mereka itu.


Bimbang mungkin berlaku sesuatu yang buruk, guru berkenaan menghubungi polis sebelum dua anggota polis peronda tiba dan menahan mereka.


Semua mereka yang masih menuntut di kolej itu dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil.


Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, setakat ini siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca mereka menyamar pelajar itu.


“Kami merampas kamera serta alat perakam video dan setakat ini, siasatan awal mendapati mereka mahu merakam video untuk dijadikan sebagai kenangan.


“Selain itu, semua lelaki terbabit mendakwa mereka merindui alam persekolahan dan mahu mengabadikan kenangan zaman sekolah yang ditinggalkan sejak tiga tahun lalu dalam bentuk video,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP