Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Dewan Rakyat: Beri Peluang Penjawat Awam Lanjut Pengajian Secara Percuma di IPTA

Sunday, July 25, 2010

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kerajaan disaran membuka peluang kepada penjawat awam yang telah berkhidmat melebihi lima tahun untuk menyambung pengajian secara percuma di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.


Senator Noriah Mahat berkata ianya selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan kemahiran dan inovasi penjawat awam terutama dalam memainkan peranan secara langsung sebagai ejen pelaksana dasar yang dirangka kerajaan.

"Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) juga terletak di tangan 1.2 juta penjawat awam di negara ini dan mereka terlibat secara langsung sebagai ejen pelaksana kepada dasar yang dirangka ini.

"Oleh yang demikian, setiap individu dalam perkhidmtan awam memainkan peranan untuk meningkatkan tahap efisiensi dan produktiviti kerja untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju," katanya semasa membahaskan RMK-10 di Dewan Negara, di sini Khamis.

Beliau berkata dengan cara itu, semua penjawat awam akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan produktiviti mereka sekali gus dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

Noriah turut meminta kerajaan mengkaji kedudukan dan kebajikan pesara-pesara penjawat awam agar kebajikan mereka dijaga dan pengetahuan serta pengalaman mereka diguna pakai untuk membangunkan negara.

Katanya terdapat kira-kira 48,000 pesara sektor awam yang telah membuat pelbagai sumbangan terutama dalam memberi panduan membuat dasar dan polisi untuk membangunkan negara.

"Atas sumbangan mereka ini kerajaan wajar mengkaji dari semasa ke semasa manfaat dan kebajikan seperti pemberian wang ehsan, peningkatan kadar bayaran pencen agar selaras dengan keadaan semasa," katanya.

Beliau turut mencadangkan kerajaan mengkaji semula skim perkhidmatan awam agar dapat diselaraskan bersesuaian dengan peningkatan kemahiran dan pengalaman, sekali gus meningkatkan peluang kerja pada kalangan penjawat awam.

Bernama

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP