Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Tiga Bebanan Guru Perlu Prihatin

Tuesday, June 1, 2010

GURU kini dibebani dengan tugas mendidik, perkeranian, pengurusan dan sebagainya. Tidak dinafikan guru kita amat komited dalam menjalankan tugas mereka berpegang kepada apa yang ditetapkan dalam falsafah pendidikan negara.

Perkara pertama, yang ingin saya bangkitkan ialah keadaan kebanyakan bilik guru di sekolah seluruh negara.Ke
banyakan guru gred DG27 ke atas bagi sekolah rendah dan DG41 bagi sekolah menengah, namun kemudahan bilik guru berada pada tahap daif.

Selain itu, terdapat bilik guru yang tiada penghawa dingin, susunan meja yang rapat serta sempit, itu belum lagi melihat keadaan perabot serta peralatan yang disediakan.

Jika kita bandingkan dengan pegawai awam lain, mereka menikmati kemudahan tempat kerja yang selesa dalam memastikan mereka memberi perkhidmatan terbaik. Saya lihat staf pentadbiran (N17/N22) di pejabat pentadbiran sekolah lagi selesa daripada guru.

Perkara kedua, berkaitan tugas perkeranian. Saya melihat guru terpaksa menjalankan tugas perkeranian yang begitu banyak termasuklah melakukan kerja-kerja fotostat atau stapler kertas peperiksaan untuk diberikan kepada pelajar.

Perkara ketiga, berkaitan kutipan wang untuk pelbagai program di sekolah. Biasanya setiap guru kelas akan diminta membuat kutipan pelbagai wang untuk aktiviti sekolah seperti untuk kegunaan hari sukan, hari guru dan kad jogaton.


Jika murid dalam kelas berkenaan tidak membayar, guru kelas terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk memastikan semua kutipan wang kelas yang dijaganya, cukup.

Harapan saya agar hasil kajian bebanan tugas guru oleh jawatankuasa khas yang sudah dilantik dapat mengambil perhatian terhadap tiga perkara di atas.

ANAK MURIDMU,
Kelantan


Berita Harian Online: 1 Jun 2010

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP