Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Pastikan Murid Menguasai 3M Sebelum Mansuh UPSR, PMR

Monday, June 21, 2010


KUALA LUMPUR 20 Jun - Kementerian Pelajaran perlu memastikan murid sekolah rendah benar-benar menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) terlebih dahulu sebelum Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.


Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Nasional, Prof. Madya Dr. Mohd. Ali Hassan berkata, perkara itu harus diteliti dan kajian yang menyeluruh perlu dilakukan supaya matlamat pemansuhan tersebut dapat dicapai.


Katanya, perlu ada mekanisme yang benar-benar berkesan untuk menilai tahap penguasaan 3M di peringkat sekolah rendah supaya murid tidak menghadapi masalah apabila memasuki sekolah menengah.


''Soalan berbentuk objektif tidak lagi sesuai kerana tidak membantu pelajar untuk berfikiran kreatif,'' katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran hari ini mengenai kemungkinan pemansuhan UPSR dan PMR bagi membolehkan satu sistem pendidikan secara holistik diadakan.


Menurut Mohd. Ali, soalan PMR juga harus diubah ke dalam bentuk subjektif agar pemikiran yang kreatif dapat dikembangkan oleh pelajar sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.


Beliau turut mencadangkan peperiksaan PMR diubah dalam bentuk 60 peratus kerja kursus dan 40 peratus peperiksaan.


Bagaimanapun Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, UPSR masih relevan dalam sistem pendidikan hari ini.


''UPSR perlu diadakan bagi menilai tahap pencapaian murid dalam tempoh pembelajaran sekolah rendah selama enam tahun.


''Peperiksaan tersebut amat penting supaya proses kemasukan ke sekolah menengah atau sekolah menengah berasrama penuh dapat dibuat dengan berkesan dan teratur,'' katanya.


Namun beliau bersetuju dengan cadangan agar PMR dimansuhkan secepat mungkin dan digantikan dengan satu sistem peperiksaan baru yang berbentuk dalaman.


''Sistem itu akan memberi mandat kepada guru dan sekolah dalam mengenal pasti potensi pelajar kerana guru lebih mengenal pelajar mereka sama ada cenderung ke arah sukan atau kemahiran.


''Sekiranya pelajar yang lemah dalam pelajaran tetapi berbakat dalam bidang sukan, seharusnya mereka dihantar ke sekolah sukan agar mereka dapat dibentuk menjadi atlet yang berjaya,'' ujarnya.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Anwar Mat berpendapat, UPSR dan PMR perlu diteruskan tetapi peperiksaan tersebut mesti dibuat dalam bentuk baru kerana sistem sekarang membantut perkembangan potensi pelajar.


''Model peperiksaan sekarang berbentuk menekan pelajar kerana mereka dibahagi pada kategori pandai dan tidak pandai dan seterusnya membunuh potensi pelajar,'' katanya.


''Maka satu sistem peperiksaan dalaman perlu diadakan agar pelajar dapat dinilai oleh guru dan sekolah masing-masing bukannya oleh orang luar,'' katanya.


Menurut beliau, cara tersebut juga dapat memudahkan kementerian dalam proses menentukan seseorang pelajar itu patut dihantar sama ada ke sekolah asrama penuh, teknik atau vokasional.
Utusan Malaysia Online: 21 Jun 2010

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP