Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Renungan Pagi Jumaat : Mengapa Sukar Berubah?

Thursday, June 10, 2010

Kehidupan manusia bersifat dinamik. Dinamik bermaksud berubah. Hidup kita sentiasa berhadapan dengan apa juga perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Secara umumnya, apa sahaja yang berlaku di dunia ini, semuanya mengalami perubahan. Perubahan itu menunjukkan perkembangan sedang berlaku dan ia wujud di bumi nyata. Malahan apa yang kita khayalkan di minda juga berlakunya perubahan.
Perubahan tidak dapat dielakkan samada ia bersifat semulajadi mahupun atas kehendak kita sendiri. Manusia berubah  kerana terdapat faktor-faktor yang mengarah kepada perubahan tersebut antaranya keadaan, harta banyak, punya kekuasaan, kepercayaan dan pemikiran. Semua ini digarap melalui satu perkara yang dipanggil pengalaman. Melalui pengalaman tersebut, kita akan berubah tanggapan, berbeza pemikiran, cara berpakaian, berlainan cita rasa, perasaan cinta dan berkemungkinan berubah dalam banyak aspek kehidupan.
Walau bagaimanapun, di sebalik perubahan yang berlaku terdapatnya hal-hal yang menyebabkan kita sukar untuk berubah. Mengapa sukar berubah ? Apakah kita perasan, wujudnya perkara yang sudah menjadi ketetapan kepada kita hingga sukar untuk diganggu gugat. Sukar untuk dikembangkan dan tidak mahu menemukan titik kelainan dalam perubahan tersebut. Bagi kita ia sudah menjadi satu prinsip, pegangan dan keyakinan. Dalam hal prinsip, pegangan dan keyakinan ini, fokus bukanlah kepada kepercayaan dan agama.  Pegangan atau akidah yang benar tentu sekali tidak pernah akan berubah kerana ia menjadi dasar kehidupan dan pokok ajaran dalam mencari kebenaran. 
Mari kita fikirkan. Apakah perkara yang sukar untuk kita ubah dalam hidup kita ? Mengapa ia sukar diubah? Apakah betul ia tidak dapat diubah? Yang tahu hanya kita.  Yang tidak menyedarinya juga kita. Tapi, yang merasainya adalah orang lain. Suami atau isteri, anak-anak, teman, kawan, sahabat dan sesiapa yang pernah berganding bahu  dengan kita dalam kehidupan, pasti menjadi cermin kepada setiap perubahan atau kekalan sikap diri kita. Mereka menerima tempias dan biasan dari kesukaran kita kepada perubahan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP