Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Guru Perlu Anggap Beban Demi Pembangunan Ilmu Anak Bangsa

Wednesday, June 16, 2010

MERUJUK kepada rungutan dalam ruangan ini Bakal DG48, Pinggiran Putra, Putrajaya bertarikh 22 Mei lalu bertajuk Pentadbir sekolah wajar ubah sikap. Isu dibangkitkan oleh Bakal DG48 dengan pendapat bahawa masalah beban tugas guru di sekolah tidak dapat diselesaikan selagi pentadbir tidak mengubah sikap.

Dalam kenyataan Bakal DG48, pihak pentadbir sekolah dikatakan banyak mengarahkan guru menjalankan kelas tambahan, menghadiri mesyuarat dan mengikuti taklimat bersama pengetua selain membuat kerja yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran pada waktu petang dan Sabtu. 



Ingin ditegaskan di sini, bahawa Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil serta memberi perhatian terhadap masalah beban tugas guru terutama yang Satu jawatankuasa menangani isu beban tugas guru diwujudkan bagi mengenalpasti faktor yang menyebabkan beban tugas guru dan cadangan penyelesaiannya. 

Kementerian juga sudah mengeluarkan satu surat pekeliling iktisas Bil. 8/2005 berhubung pelaksanaan bekerja lima hari seminggu sebagai rujukan pihak pentadbir sekolah seperti berikut:

Sekolah yang berjaya melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima hari bekerja hendaklah meneruskannya dan sekolah yang menghadapi kesulitan untuk melaksanakan program pendidikan (akademik dan kokurikulum) dalam masa lima hari bekerja disebabkan pelbagai faktor seperti kekangan masa, ruang, kepakaran dan sebab lain boleh menggunakan hari Sabtu dengan syarat tidak melebihi dua kali sebulan.

Bagaimanapun, kementerian percaya tujuan pihak pentadbir sekolah mengarahkan guru menjalankan kelas tambahan, menghadiri mesyuarat dan taklimat bersama pengetua serta menjalankan aktiviti tambahan pada waktu petang dan Sabtu adalah untuk membangunkan modal insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.
Sumber : Berita Harian Online 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP