Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Guru Sebenar Guru : Ke Sekolah Tidak Jemu, Mengajar Tidak Lesu.

Thursday, May 20, 2010


GURU SEBENAR GURU: KE SEKOLAH TIDAK JEMU, MENGAJAR TIDAK LESU adalah slogan Cikgu Hamzah yang saya pegang hingga kini, patut menjadi penyengat hati dan semangat jiwa bagi mereka yang betul-betul ingin jadi guru sejati.
Membangun insan bukanlah tugas mudah. Jika insaniah dalam diri seorang guru tidak dibina terlebih dahulu dengan segala kekuatan dan kepercayaan bahawa manusia boleh diubah dan dibentuk, tentu sekali sukar baginya untuk membentuk insan pelajar yang mempunyai pelbagai latar belakang.  Maka akan banyak alasan yang bakal guru kemukakan jika menghadapi karenah pelajar di sekolah.
Saya juga tidak nafikan, ada guru yang tidak terbela nasib dan kebajikannya atas kondisi semasa yang memihak kepada pihak luar seperti ibu bapa, masyarakat setempat dan mereka yang berkepentingan untuk mencari salah silap guru- guru berkenaan tanpa memberi ruang untuk membela diri. KENAPA DAN MENGAPA mereka berbuat demikian. MAKA JANGAN KERANA NILA SETITIK, ROSAK SUSU SEBELANGA. Begitulah rintihan yang selalu saya dengar dan alami sendiri sepanjang 18 tahun bernaung di bawah payung pendidikan ini.

Isu-isu akhlak dalam pendidikan yang membabitkan keruntuhan akhlak pelajar juga selalu menggoncangkan kesabaran para guru. Kes-kes buli guru, buli pelajar, pelajar samseng, pelajar mengandung, ponteng sekolah, kegiatan vandalisme dan pelbagai masalah disiplin lain menjadi kayu ukur kepada kebijaksanaan para guru, pihak pengurusan sekolah, pihak jabatan pelajaran dan pihak kementerian pelajaran dalam mengatasi dan mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu tersebut. Selain itu kerjasama dari semua persatuan guru, PIBG dan masyarakat setempat untuk bersama menyumbang bakti membantu membangunkan kemanusiaan manusia para pelajar masa kini.

SAHABATKU PARA GURU…. tidak perlu kita menyalahi sesiapa dalam hal ini. Berbalik kepada upaya diri dan kemampuan kita yang bersungguh-sungguh mahu memasuki gerbang pendidikan suatu ketika dahulu. Ketika mula melangkah kaki ke institusi latihan perguruan, kita sudah tahu dan menyadari bahawa dunia pendidikan penuh dengan onak duri  dan sejuta masalah manusia yang perlu dibetulkan dengan jiwa, hati, keikhlasan diri juga kasih sayang yang perlu ditabur ke hati manusia lain.

Maka, apapun alasan yang cuba dikemukakan oleh guru, pasti tidak ada kepuasan di hati pelbagai pihak apabila anak-anak yang diajar tidak juga menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah mereka. Guru mempunyai amanah yang perlu ditunaikan. Guru pembentuk jati diri pelajar. Guru berkualiti menghasilkan pelajar berkualiti. Guru cemerlang negara terbilang. Guru pengasas budaya membaca, pembina budaya ilmu, pemangkin pembangunan negara, membentuk masyarakat sejahtera dan pelbagai lagi harapan yang dipancarkan dari hati ibu bapa agar guru berketrampilan tinggi dalam profesion tertua di dunia ini.

SAHABATKU PARA GURU… marilah kita jadi guru yang penuh dengan inspirasi tinggi dalam membongkar segala kemiskinan dalam jiwa anak-anak murid kita agar jadi kaya  dengan pengetahuan yang holistik. Berdaya maju untuk mengembangkan minda dan ilmu dalam pelbagai kemahiran. Berdaya saing dalam mengemudikan bahtera pengurusan diri yang jitu.  Guru yang menjadi sumber aspirasi pelajar dalam apa juga situasinya. Jika betul ingin jadi GURU SEBENAR GURU. Maka kita haruslah berubah dan mendaki tangga kejayaan menuju bintang harapan untuk menyinar semua permukaan di hamparan bumi manusia.
http://websitifatimah.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP