Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Tips Ambil PTK

Thursday, February 25, 2010




1. Memilih kompetensi yang sesuai

Paper Generik (umum) tu wajib ambil. Tapi paper fungsional (khusus) pilihlah yg sesuai ikut jiwa raga. Elok juga ambil mata pelajaran sbb core bisness kite. Paper koku tu pun okey gak. IP dulu amik koku. Selalu galak kawan amik koku khususnya yg lama berkhidmat tu. Biasenye nengok kekawan lepas semua dpt III. Cuma kalau tak brape arif bidang tu cuba la elakkan ambil. Misalnya kalau paper berkaitan HEM tu. Kalau stakat guru disiplin biase tak semestinya kita tau serba serbi. Ikutla kemampuan kite dan kata hati sendiri tak usah terlalu ikut kekawan sangat.

2. Meneliti sukatan PTK

Dapatkan sukatan PTK masing2. Sebab soalan exam nanti berdasarkan skop sukatan tu. Perkara yg ditanye mesti dalam sukatan tu. Tak bole juga main pakai bace je. Sukatan ni boleh dimuat turun dalam tenet. Jadi seeloknya masa buat ulangkaji slalu la refer pada sukatan tu. JKalau yang pernah ambik PTK ingat balik btk soalan tahun lepas. Biasanye lebih kurang same je. IP dulu abis exam PTK balik umah check jwpn. Biasenye bole ingat separuh drp soalan yg ditanye tu. Bahan2 bacaan yg disertakan boleh juga jd sbg rujukan.

3. Mengetahui format terkini

TK 1, 2, 3 berbentuk aneka pilihan. Masa IP ambik TK3 dulu kursus seminggu ade public speaking, presentation, assignment, UAK dll lagi best. Tapi akibat calon yg terlalu ramai dan kekurangan bajet PTK 3 dh jd aneka pilihan sepenuhnya. Jadi kalau ade 40 soalan objektif tu nak dapat A (80%) perkiraan mudahnya kenalah betul 32 keatas. Tak payah la pk pasal kuota ke nasib ke yg penting kite buat sehabis baik. Kalau rasa tak puas hati bile keputusan diumumkan boleh buat semakan semula tp kene bayar le.

4. Memahami kaedah menjawab PTK

Kene juga tau aras kesukaran. Bagi TK1 berbentuk pengetahuan iaitu menguji kebolehan mengingat perkara yg dipelajari atau dilalui (katakunci : kenalpasti, senaraikan, namakan...). TK2 berbentuk kefahaman iaitu memahami makna dipelajari (terangkan, jelaskan, huraikan). TK3 jenis aplikasi iaitu menguji kebolehan kite untuk selesaikan masalah (tunjukkan, hubungkan, selesaikan). Umumnya TK1-3 tu menguji pengetahuan, kemahiran, sikap, etika keje, mengaplikasikan, memberi nasihat dan dpt memberi sumbangan pd organisasi.

5. Mendapatkan bahan bacaan yg sesuai.

Hari tu IP pegi MPH. Buku PTK je penuh 3 rak. Ingat lg masa tahun 2003. sibuk carik buku fotostat. Buatla pelaburan belilah buku yg sesuai berlambak tu. Pilihlah yg menepati sukatan. Seharusnya sekarang le elok bace dan buat ulangkaji. Macam kite suruh anak murid gak jangan bace last minit. Cuma apabila bace tu fahamkan fakta/idea utama/konsep penting. Sesetengah buku tu kekadang meleret idea pengarangnya. Nota tambahan spt nota NUTP okey gak. IP pun ade masuk dalam scribd tu nota power point. Tapi IP pun tak tengok sgt pun. Ringkas sgt elok bace buku lg.

Kesimpulannya, ade lg panduan ptg spt buatla latih tubi, perbincgn kalau perlu. IP dulu suke bertanye kekawan khususnya yg dpt IV tu camne dorang belajar. Mintak nasihat dan alhamdulillah banyak nasihat dan teknik dorang tu berkesan. Untuk PTK Jun 2010, dah ade perubahan antaranye kalau dah dpt III PTK Ogos 2009 lalu ade satu sahaja peluang nak dapat IV. So, buatla sehabis baik. Tapi kalau dah dapt III tu pun dah boleh bersyukur sebab dah boleh juga naik pangkat nanti. Akhir kata, bebanyak la berdoa insya'Allah berkat usaha kite dan perkenanNya kite bole berjaya. Ok good luck.

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP