Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Masa Untuk Muhasabah Usia

Friday, February 5, 2010

HAPPY birthday to you’ hari ini tanggal 5hb usiaku turut bertambah.. Sebenarnya, sambutan hari lahir sangat penting. Pentingnya bukan kerana majlis hari lahir dengan kuih, pizza dan kek tetapi sangat penting kerana ia mengingatkan kita bahawa umur kita semakin meningkat. Makin meningkat maknanya makin banyak umur. Makin banyak umur, semakin banyaklah lilin dinyalakan atas kek harijadi. Habis tertutup dekorasi kek, maklum, lilin yang mewakili umur terlalu banyak. Muahahaha… seronoknya tengok lilin menyala…. Eh! Eh! Ke situ pulak…. Tapi jangan lupa, sebenarnya, makin banyak umur ertinya makin kurang umur. Makin kurang umur sama juga dengan erti makin dekat dengan mati! Huh hu..... Tidak salah bergembira dengan majlis itu tetapi sepatutnya tarikh itu dijadikan peluang untuk bermuhasabah umur bertambah, duit bertambah, anak bertambah, semua bertambah tetapi sudahkah amal soleh bertambah? Bagaimana dengan solat? Makin khusyuk atau masih melayang? Solat lama-lama yang ditinggal dulu sudah diganti (qada) atau belum? Hutang puasa macam mana, zakat sudah dilangsaikan semua? Dah berapa kali khatam Al-Quran? Hutang dengan Allah, tanggungjawab sebagai suami, isteri, dengan ibu ayah, dengan anak-anak pula seperti dulu atau makin bertambah kualiti dalam serba-serbinya? Di sebalik sambutan hari lahir pengajaran yang sangat penting ialah betapa sangat berharganya masa dan kehidupan. Ada orang kata 'masa itu emas'. Ungkapan ini tidak tepat sebab hilang emas boleh dicari dan diganti tetapi apabila masa yang hilang tiada galang gantinya. Masa itu adalah kehidupan. Sesiapa yang membuang masa sebenarnya sedang membunuh kehidupannya sendiri. Hidup tidak berhenti seperti air sungai terus mengalir. Dalam berusaha, jangan berhenti untuk mencari bekalan dan mengumpul tenaga demi meneruskan perjuangan. Selamat hari lahir supaya lahirkan jiwa yang baru dengan cita-cita dan cinta!

Sekadar menanangkan peringatan untuk diri saya sendiri.......

nukilan :http://mambang-di-awan.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP