Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Hari Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah Tahun 2010

Sunday, January 3, 2010

Pada 1 Januari 2010, SKSF telah mengadakan Hari Pendaftaran Tahun 1 dan Pra Sekolah sesi 2010.Pada taklimat ringkas tersebut diselitkan juga tentang Program LINUS kepada ibubapa sebagai sebaran awal. Pada hari tersebut juga, diadakan majlis kutipan yuran dan bayaran keperluan P&P untuk murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Walaupun hari pendaftaran yang ditetapkan jatuh pada hari cuti umum sempena cuti tahun baru, program yang dirancangkan oleh pihak sekolah tidak merencatkan hati ibu bapa dan penjaga untuk kebaikan anak-anak dalam aspek pendidikan. Itulah pengorbanan yang ditunjukkan oleh ibubapa dan guru-guru demi anak dan anak didik yang dikasihi.Tiada hari atau cuti yang mampu menghalang untuk kami berkhidmat. Objektif hari pendaftaran ini diadakan adalah untuk melancarkan proses P&P pada 4 Januari 2010.Terima kasih kepada penjaga yang memilih SKSF untuk anak-anak mereka. Ini merupakan suatu amanah kepada kami dan InsyaAllah akan kami tunaikan amanah tersebut semampu mungkin. Semoga tahun 2010 membawa kejayaan lebih baik dan mendapat keberkatan dari Nya dan kemajuan SKSF digapai mengikut visi dan misi yang diukir.

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP