Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

20 Sekolah Berprestasi Tinggi

Monday, January 25, 2010

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebentar tadi mengumumkan 20 Sekolah Berprestasi Tinggi, membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.Sekolah terbabit adalah:

Sekolah Berasrama Penuh :

1. Sekolah Tun Fatimah (STF), Johor Bahru 2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban 3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK), Perak 4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya 5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah 6. Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Seremban 7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang 8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis 9. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya 10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah , Melaka

Sekolah Menengah Harian:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, P. Jaya 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, K. Lumpur 3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah 4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah Rendah:

1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang utara, Kuala Lumpur 2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Bharu, Kelantan 3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur 4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak 5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur 6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru

Sumber : http : //www.utusan.com.my/ Nota Hujung : Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan . Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa. Sekolah-sekolah ini hendaklah memenuhi Prasyarat berikut :
  1. Pencapaian akademik yang menunjukkan trend menaik bermula dengan Take Off Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam (UPSR dan SPM);
  2. Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi;
  3. Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa:
  4. Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti;
  5. Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar negara;
  6. Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat yang memberi impak kepada keberkesanan dan kecemerlangan pendidikan di sekolah;
  7. Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam negeri atau di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai bentuk program; dan
  8. Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi di dalam dan di luar negara.
Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi Pemimpin Sekolah
  1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam pengurusan sekolah.
  2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan sekolah, guru dan murid.
  3. Meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
  4. Membangunkan bakat kepimpinan guru dan murid.
  5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
  6. Proaktif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan.
Guru Sekolah
  1. Boleh deliver, mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
  2. Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) berpandukan garis panduan Pengurusan Berasaskan Sekolah yang disediakan oleh KPM bagi peningkatan murid.
  3. Membantu meningkatkan penglibatan sekolah ke peringkat antarabangsa.
  4. Membangunkan bakat kepimpinan murid.
  5. Sentiasa bersedia untuk dinilai oleh KPM dan pihak luar.
  6. Proakif dalam melaksanakan perubahan dan pembaharuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Murid Sekolah
  1. Menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri sendiri.
  2. Bertanggungjawab untuk pembelajaran kendiri.
  3. Berupaya mengendali dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah
  4. Bekerjasama dalam kumpulan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.
  5. Menggunakan kuasa autonomi yang diberi dengan berkesan.
Kategori Sekolah
  1. Sekolah Kerajaan
  2. Sekolah Bantuan Kerajaan
Jangka Masa Pelaksanaan 2010= 20 buah sekolah 2011= 30 buah sekolah 2012= 50 buah sekolah Ciri – ciri Utama SBT
  • Kepemimpinan
  • Pengurusan
  • Pencapaian
  • Kejayaan
  • Perhubungan
  • Identiti Kendiri
  • Pembelajaran Terarah Kendiri
  • Sistern Bekerja Berprestasi Tinggi
  • Kesaksamaan
  • Timbal- Balas
  • Penurunan Kuasa
Pelan Strategik SBT Fokus 1 : Kepemimpinan Berprestasi Tinggi Fokus 2 : Mengamalkan Pengurusan Berasaskan Sekolah Fokus 3 : Mewujudkan Akauntabiliti Fokus 4 : Piawaian dan Penandaarasan Fokus 5 : Malaysia Menjadi Pusat Kecemerlangan Fokus 6 : Menerajui Perubahan dan Pembaharuan lmpak Sekolah Berprestasl Tinggi Pemimpin
  1. Pengiktirafan sebagai pemimpin yang berwibawa.
  2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
  3. Menerima ganjaran dalam bentuk bonus.
  4. Berpeluang mendapat guru pakar dan guru cemerlang.
  5. Berpeluang memilih guru yang efektif.
  6. Berpeluang memilih murid yang sesuai.
Guru
  1. Pengiktirafan sebagai guru yang berkesan.
  2. Mempunyai kuasa autonomi untuk Pengurusan Berasaskan Sekolah.
  3. Ganjaran dalam bentuk bonus.
Murid
  1. Murid berkemahiran dalam pengurusan diri, bekerja dalam kumpulan,berkomunikasi secara efeKif dan berkebolehan bersaing di arena antarabangsa.
  2. Berpeluang untuk memasuki universiti yang terkemuka di dunia
  3. Murid dikecualikan daripada mengikuti beberapa subjek tertentu peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi.
  4. Murid di tempatkan di kelas mengikut kebolehan/ kemampuan tanpa berdasarkan umur.
  5. Murid boleh mengambil peperiksaan awam mengikut kebolehan yang tidak berdasarkan umur.
  6. Murid memasuki IPTA tanpa berdasarkan umur.
  7. Murid mampu menjadi pesaing di peringkat dunia dalam mana-mana bidang yang mereka ceburi.
  8. Murid menerima P & P daripada guru-guru pakar dan cemerlang berasaskan data empirikal.
  9. Murid berpeluang untuk menyertai peperiksaan luar negara.
  10. Murid terdedah kepada teknologi terkini dalam pendidikan.
Kekangan
  1. Kewangan dalam membangunkan Sekolah Berprestasi Tinggi.
  2. Kekurangan sumber kakitangan untuk pergi ke sekolah-sekolah bagi tujuan pemantauan dan penilaian Sekolah Berprestasi Tinggi.
  3. Pekeliling dan Peraturan Pelajaran yang sedia ada menyekat pelajar menempatkan diri di peringkat tinggi dalam tempoh yang singkat kerana terdapatnya had umur.
  4. Wujudnya birokrasi dalam pentadbiran melambatkan sesuatu program dilaksanakan.
  5. Sikap, kurang kemahiran mengurus dan kepemimpinan pengetua / guru besar boleh menjadi penghalang kepada kejayaan program.
Cadangan
  1. Pelaksanaan konsep SBT akan melibatkan implikasi kewangan dan perjawatan. Oleh itu, adalah dicadangkan untuk mewujudkan satu sektor baru bagi memastikan SBT berupaya dilaksanakan dengan efisien.
  2. Memberi ganjaran yang setimpal kepada Pengetua, Guru besar dan guru-guru yang telah menunjukkan prestasi cemerlang selari dengan cadangan YAB Perdana Menteri ketika membentangkan NKRA berkenaan;
  3. Memerlukan pindaan dan semakan kepada peraturan pendidikan dan Surat – surat Pekeliling lkhtisas/ Surat Siaran yang berkaitan;
  4. Menyediakan maklumat kepada SBT mengenai peperiksaan luar negara (LPM/MPM)
  5. Biasiswa diberi kepada pelajar SBT yang berjaya memasuki lnstitut terkemuka di luar negara (Bahagian Tajaan
Sumber catatan :http://abihulwa.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP