Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

BAGAIMANA MEMOHON BANTUAN KWAPM

Tuesday, August 4, 2009

KEMENTERIAN Pelajaran telah mengenal pasti bahawa antara faktor keciciran dalam kalangan pelajar sekolah ialah kemiskinan. Untuk mengatasi masalah itu, KPM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Wajib di bawah seksyen 29A, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) mulai Januari 2003 yang mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah mulai tahun satu sekolah rendah. Selaras dengan pelaksanaan dasar ini, satu tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang tidak berkemampuan menghantar anak mereka ke sekolah, dan seterusnya menjana kecemerlangan pendidikan mereka. OBJEKTIF Kumpulan wang amanah ini memberi bantuan kepada pelajar miskin warganegara Malaysia di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dari semua bangsa dan agama. Hal ini selaras dengan Dasar Pendidikan Wajib untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik serta menjana kecemerlangan pelajar secara menyeluruh. PEMILIHAN PELAJAR Pemilihan pelajar dibuat oleh jawatankuasa Pengurusan Bantuan Peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua atau guru besar dan disyaratkan sekurang-kurangnya dua ahli, terdiri daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). PENDAPATAN KELUARGA Pelajar miskin yang pendapatan keluarganya tidak dapat menampung keperluan pendidikan dan berada di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan keluarga tidak melebihi kadar yang ditetapkan seperti berikut: • SEMENANJUNG MALAYSIA Pendapatan keluarga RM530 • SARAWAK Pendapatan keluarga RM585 • SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN Pendapatan keluarga RM685 JENIS DAN KADAR BANTUAN Mulai tahun ini, kadar dan jenis bantuan adalah seperti berikut: i) Pelajar sekolah rendah - Bantuan persekolahan RM200 setahun - Bantuan am RM300 setahun ii) Pelajar sekolah menengah - Bantuan Persekolahan RM300 - Bantuan Am RM400 Bantuan persekolahan meliputi bantuan pakaian seragam, bantuan yuran persekolahan dan bantuan peralatan sekolah. KATEGORI PELAJAR YANG LAYAK Pelajar yang layak menerima bantuan KWAPM ditetapkan mengikut kategori seperti berikut: Kategori 1 Pelajar miskin Tahun 1 yang tercicir daripada sistem persekolahan di bawah Dasar Pendidikan Wajib 2003 Kategori 2 a) Pelajar miskin tahun dua hingga enam yang pernah bersekolah tetapi tercicir pada tahun seterusnya/ di tengah persekolahan atau kanak-kanak yang berumur lapan hingga 12 tahun yang tidak pernah bersekolah langsung. b) Pelajar sekolah menengah yang tercicir di tengah persekolahan akibat kemiskinan. Kategori 3 Pelajar miskin tahun satu hingga enam yang masih bersekolah (bukan tercicir) tetapi memerlukan bantuan dan sekiranya tidak diberi bantuan akan menyebabkan tidak dapat meneruskan persekolahan. Ini termasuk pelajar tahun enam yang akan memasuki tingkatan satu pada tahun berikutnya. Permohonan hendaklah dibuat melalui sekolah dengan mengisi borang permohonan KWAPM berserta dokumen sokongan yang disahkan seperti berikut: 1. Salinan kad pengenalan ibu bapa atau penjaga dan isteri penjaga 2. Salinan sijil lahir murid/ kad pengenalan pelajar 3. Salinan sijil kematian ibu bapa atau penjaga (jika berkenaan) 4. Salinan sijil perceraian ibubapa (jika berkenaan) 5. Surat pengesahan anak angkat Jabatan

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP