Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) menerima permohonan pertukaran daripada kakitangan bukan guru di Kementerian Pelajaran . Permohonan yang dikemukakan perlu berdasarkan kepada asas-asas seperti berikut:
a. Mengikut pasangan bertukar
b. Mencari pengalaman baru
c. Masalah peribadi (cth: jauh daripada tempat tinggal / tidak sesuai dengan persekitaran tempat kerja / ancaman keselamatan dan lain-lain sebab munasabah)
SANGAT PENTING :
Sila pastikan sebelum login, keperluan berikut dipenuhi bagi memastikan kelancaran proses permohonan tuan/puan. Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran :
i) Sijil Pendaftaran Perkahwinan/Nikah ; jika berkaitan
ii) Surat Pengesahan Majikan Pasangan ; jika berkaitan
iii) Surat Pengesahan Doktor ; jika berkaitan
iv) Surat Daftar Perceraian/Kematian ; jika berkaitan
v) Surat Kelahiran Anak ; jika berkaitan
vi) Laporan Polis; jika berkaitan ; jika berkaitan dan
vii) Lain-lain dokumen berkaitan.
Peringatan
Permohonan tuan/puan perlu disahkan oleh Pengesah I dan Pengesah II terlebih dahulu sebelum dimajukan kepada BPSM. Pengesah I adalah terdiri di kalangan guru besar/pengetua/pengarah-pengarah ipg/pengarah-pengarah kolej matrikulasi,pegawai BTPN dan lain-lain yang melaksanakan tugas sebagai ketua jabatan. Manakala Pengesah II pula terdiri daripada Pengarah JPN/pengarah/setiausaha bahagian dan lain-lain.
Pemohon adalah diingatkan untuk membuat susulan dengan Pengesah I bagi memastikan permohonan yang dibuat telah disahkan agar permohonan berkenaan dimajukan kepada Pengesah II.
Paparan Sistem eTukar 2011
Pengguna baru perlu klik Login Kali Pertama dan mendaftarkan maklumat pengguna.
Ruangan pendaftaran pengguna baru
Talian Bantuan
Nombor talian: 03-8884 7733/7754/7788/7846
Talian Bantuan boleh dihubungi pada waktu dan hari seperti berikut :
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi –5.30 Petang
Hari Bekerja :
Isnin – Jumaat
Bantuan Pengguna
Sekiranya terdapat sebarang masalah/aduan berkaitan dengan Sistem e-Tukar Bukan Guru, sila maklumkan kepada email berikut : etukar@moe.gov.my
Nombor talian: 03-8884 7733/7754/7788/7846
Talian Bantuan boleh dihubungi pada waktu dan hari seperti berikut :
Waktu Bekerja :
8.30 Pagi –5.30 Petang
Hari Bekerja :
Isnin – Jumaat
Bantuan Pengguna
Sekiranya terdapat sebarang masalah/aduan berkaitan dengan Sistem e-Tukar Bukan Guru, sila maklumkan kepada email berikut : etukar@moe.gov.my
No comments:
Post a Comment