MINGGU depan seluruh umat Islam akan mula berpuasa. Mungkin ada ibu bapa yang membuat persiapan untuk bercuti raya akan menghadapi masalah untuk mengambil cuti kerana anak-anak akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula pada 21 hingga 23 September 2010.
Masalah yang saya maksudkan ialah:
* Cuti penggal persekolahan: 11/12 September 2010
* Hari Raya Aidilfitri: 10 September 2010
* Sekolah dibuka: 12/13 September 2010
* UPSR: 21-23 September 2010
Kalau dilihat, mungkin keluarga yang tidak mempunyai anak-anak yang menduduki UPSR berasa cuti raya mungkin tidak mencukupi bersama-sama keluarga di kampung.
Mungkin ada pihak akan cuba mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran untuk memberi cuti tambahan hari raya, dan mungkin lebih kepada pelajar-pelajar sekolah menengah.
Sehubungan itu, sebagai bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR mencadangkan tiada cuti tambahan diberi. Alasan saya adalah untuk membolehkan murid-murid Tahun Enam lebih fokus dalam masa seminggu sebelum UPSR daripada mereka berseronok di kampung.
Guru-guru sekolah Tahun Enam mungkin risau jika cuti tambahan diberi kerana guru-guru akan cuba memberi tumpuan untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar dalam minggu terakhir tersebut.
Mungkin cadangan saya ini akan menimbulkan pro dan kontra. Terpulanglah kepada Kementerian Pelajaran mempertimbangkan dalam situasi menang-menang.
Ahli PIBG
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment