Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Persoalan Guru PPPLD dan Guru DG41

Saturday, November 27, 2010

Saya adalah guru PPPLD yang telah berkhidmat selama 5 tahun dan telah dilantik oleh jabatan menjawat jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum DGA29(KUP) di sekolah pedalaman tempat saya bertugas sekarang ini. Persoalannya, adakah saya layak untuk memohon jawatan hakiki ke gred DGA32 ? saya telah bertugas selama 2 tahun untuk memegang jawatan ini.


Saya sedang memangku Guru Cemerlang DGA 32 KUP semenjak 16 Julai 2008.. Setelah tamat belajar dan mendapat Ijazah Sarjan Muda saya dilantik pula sebagai guru siswazah DG41 bermula 31 Disember 2008, yang mana perlantikan DG41 ini secara 'back dated'. Apa yang saya ingin pastikan adakah saya boleh membuat rayuan supaya perlantikan Dg41 ini asasnyer kesinambungan DGA32 KUP atau terpaksa berpuas hati dengan kesinambunagan DGA29?


Jawab : 


Sebenarnya sesiapa sahaja gred DG29 yang mencukupi syarat asas itu bagi pengisian tahun 2011 saya kira mereka yang mula mengajar tahun 2004 ke bawah bagi calon SK dan mula mengajar 2005 ke bawah calon SJKC layak memohon pemangkuan ke DGA32,disamping prestasi bagus,harta telah istihar dan tiada tindakan tatatertib.Bila anda termasuk dalam senarai pemangkuan anda akan ditawarkan jawatan di sekolah yang ada jawatan hakiki dga32 iaitu sekolah gred A ,B dan SKM A sahaja.Memamg KPM telah lantik anda sebagai GPK bagi sekolah pedalaman tetapi bukan dengan tujuan naik pangkat kerana anda berada diluar zon naik pangkat (bila start ngajar).Bila anda dah layak mohonlah dan jika anda sedang menyandang tapak jawatan hakiki anda boleh ditawar disitu jugak bila disenaraikan.

Jawapan pertanyaan kedua akan bersedia memberi mana yang lebih menguntungkan guru. Kalau dilihat saudara telah menyandang DG32(KUP) lebih awal dari pelantikan DG41 maka sewajarnya tidak timbul lagi DGA29.Sewajarnya gaji DG41 hendaklah diambil dari gred DGA32(KUP). Mungkin kekeliruan timbul kerana pelantikan rasmi belum terima.Ini harus dirujuk kepada BSM Cawangan naik pangkat dan juga SPP.

Walau bagaianapun SPP boleh dengan permintaan pemohon membatalkan permohonan DG41 supaya ia menikmati DG32 dahulu kemudian memohon semula ke gred DG41. Ini biasa saya temui sewaktu menawarkan jawatan GPK kepada calon yang bertembung kepentingan seperti ini.

Ada juga calon yang habis belajar sengaja tidak memohon DG41 sehingga mereka ditawarkan DGA32(KUP)TB terlebih dahulu.Selepas itu baru mereka mohon DG41 dengan SPP.Mereka setengah mengutip faedah hingga RM500.00 atas kenaikan pangkat DGA32(KUP) baru mohon DG41 walaupun mereka rugi sedikit senioriti DG41 dan faedah lain tetapi starting gaji DG41 mereka lebih tinggi.



Sumber : http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP