Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Patuhi Arahan Bertukar

Saturday, April 3, 2010


PULAU PINANG 2 April - Kementerian Pelajaran mengingatkan guru yang menerima arahan bertukar ke sekolah lain supaya mematuhinya bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di sesuatu kawasan.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, proses pertukaran itu penting bertujuan mengisi kekosongan jawatan dan merupakan pilihan paling sesuai untuk mengatasi masalah berkenaan.


"Kalau guru menerima arahan bertukar, mereka perlu mematuhinya.
"Pertukaran ini dilakukan bagi memenuhi kekosongan seperti guru bersara dan pembesaran sekolah," katanya ketika dihubungiUtusan Malaysia di sini hari ini.


Beliau mengulas pendedahan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kelmarin mengenai keengganan seramai 21 guru dari 12 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini bertukar ke sekolah lain apabila diarah oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).


Kesemua guru besar 12 SJKC terbabit telah menerima surat daripada PPD baru-baru ini bagi memaklumkan arahan pertukaran guru di sekolah masing-masing berdasarkan keperluan perkhidmatan berkuat kuasa 1 Mac lalu.
Bagaimanapun, PPD terpaksa menangguhkan proses pertukaran hingga hujung tahun ini setelah rayuan mereka diluluskan oleh Panel Jawatankuasa Rayuan Pertukaran Guru Dalam Daerah dipercayai campur tangan 'orang atasan'.
Mengenai pendedahan GPMS itu, Alimuddin menjelaskan, beliau akan mendapatkan maklumat lengkap daripada PPD.


"Saya perlu dapat maklumat lanjut sebelum beri sebarang komen," katanya.

Utusan Malaysia Online: 3 April 2010

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP